Bahasa Dunia yang Semakin Pupus

Bahasa Dunia yang Semakin Pupus
Chamicuro
Menurut satu kajian bahasa ini umumnya digunakan di Peru. Didapati bahwa hanya ada lapan orang menuturkan bahasa ini dan kini ia semakin dianggap kritikal kerana penuturnya di kalangan warga tua. Kebanyakan masyarakatnya kini menggunakan Bahasa Sepanyol sebagai bahasa harian. Antara kalimah dari bahasa ini adalah kawali (kuda), polyo (ayam), katujkana (monyet) dan mishi (kucing)

Dumi
Kebiasaanya digunakan di daerah berhampiran sungai Tekan dan Rava, Nepal. Juga dituturkan oleh penduduk di wilayah pergunungan Kabupaten Khotang yang terletak di wilayah Nepal Timur. Ia adalah bahasa Kiranti, sebahagian dari kelompok bahasa Tibeto-Bhurman. Dengan hanya lapan penutur yang tinggal pada 2007, ia dianggap terancam.

Onggota/ Birale
Kajian 2008 menunjukkan bahawa bahasa Ongota hanya digunakan oleh enam orang penutur asli. Hal ini membuatkan bahasa ini diiktiraf kritikal dan terancam. Seorang profesor di Univ. Addis Ababa di Ethiopia yang melakukan kajian terhadap bahasa ini menjelaskan bahawa bahasa Onggota ini merangkumi struktur subjek, objek, dan kata kerja. Ia adalah bahasa Afro-Asia yang dituturkan oleh masyarakat di sebuah desa kecil di tepi barat sungai Weito yang terletak di Ethiopia.

Tanema
Di kepulaua Solomon, bahasa Tanema pernah digunakan di tempat-tempat seperti pulau Vanikolo, Temotu Propinsi dan sebuah desa Emua. Menurut laporan pada 2008, hanya tinggal empat orang sahaja yang arif bertutur dengan bahasa ini. Tanema adalah bahasa campuran Austronesia dan Melayu-Polinesia tengah-Timur dan Kelautan. Antara istilah dalam bahasa ini adalah wekini (untuk mengaktifkan), laro (berenang), la vamora (untuk bekerja) dan la munan (untuk berbaring).

Chemehuevi
Bahasa ini boleh ditemui di Ute, Colorodo, Southern Paiute, Utah, Arizona Utara, sebahagian Selatan Nevada dan Sungai Colorado, California. Meskipun wujud suku Chemehuevi yang fasih menuturkan bahasa ini namun sukar ditemui. Kajian tahun 2007 mendapati hanya tinggal tiga orang saja yang masih mampu bercakap menggunakan bahasa ini. Contoh bahasa Chemehuevi ialah kaiv (gunung), hucip (laut), mahav (pohon) dan tittvip (tanah).

Bagaimana pula Bahasa Melayu 50 tahun akan datang?

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cara cepat mencari kata di sebuah artikel blog

SPECIAL EFFECTS ANIMATION

Pembelajaran siswa berbasis online